a big wElcOme!

thAnks fOr visiting~

Wednesday, June 22, 2011

KURSUS PENGADIL

Pada 10 & 11 Jun 2011 yang lalu, Kelab Sara telah menghantar 3 orang wakil untuk mengikuti kursus dan ujian pengadil yang telah diadakan di tempat latihan Persatuan Taekwondo Negeri Kelantan anjuran Persatuan Taekwondo Negeri Kelantan sendiri...namun yang demikian, kursus tersebut telah dikendalikan oleh Master John Henry, wakil daripada Taekwondo Malaysia (TM/WTF)...

Wakil daripada Kelab Sara tersebut ialah Ong Yong Yeik, Faathrio Hudaya bin Zulfin dan Wan Nur Asilah bt Wan Mohd Rais...Ong Yong Yeik telah mengambil ujian bagi pengadil 'national level' manakala Faathrio dan Asilah pula bagi pengadil 'state level'...selain Kelab Sara, pihak ATM juga telah menghantar wakil mereka untuk mengikuti kursus tersebut...

Kursus tersebut mengandungi 3 bahagian...bagi bahagian pertama, para peserta kursus telah diajar tentang isyarat tangan dan undang-undang baru ketika pertandingan...pada bahagian yang kedua, para peserta kursus telah menduduki ujian bagi menguji mereka tentang undang-undang ketika pertandingan...bagi bahagian ketiga iaitu bahagian yang terakhir, mereka telah dinilai dengan mengendalikan situasi pertandingan seperti pertandingan yang sebenar...

Kursus tersebut telah tamat lebih pukul 3.00 petang dan ianya telah berjalan lancar...semoga wakil daripada Kelab Sara mendapat manfaat daripada kursus tersebut dan menjadi pengadil yang telus dan jujur (yg ni main angin tp dari hati yg tulus~ ^_^)

p/s: harap maaf...gambar tiada~ :)

"WE ARE THE FIRST BEST CLUB IN KELANTAN!!!"
 
Copyright © 2010 ... | Design : Noyod.Com