a big wElcOme!

thAnks fOr visiting~

Wednesday, December 13, 2006

ANDA BERMINAT MENYERTAI SARA-TEAM?

Sekiranya anda berminat untuk menyertai Team-SARA, bolehlah menghubungi Master Manimaran di talian 012-3687274, atau boleh menghubungi Setiausaha Kehormat, Encik Azran Hj Deraman di talian 013-9255060. Kami amatlah mengalu-alukan penyertaan anda untuk bersama kami. Pusat latihan utama kami ialah di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu Kelantan (berhampiran Wisma Persekutuan).Kami juga mempunyai pusat latihan di Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh serta Gua Musang. Anda pastinya berbangga menjadi ahli kelab kami.

Friday, December 8, 2006

SELAMAT DATANG

Buat semua pengunjung blog ini, kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian anda semua melawat blog kami.Kelab kami merupakan kelab taekwondo yang aktif di negeri Kelantan, kelab ini telah ditubuhkan oleh Master Manimaran pada awal tahun 90's. Kelab Sara Taekwondo Martial Arts Negeri Kelantan, mula didaftarkan secara rasmi dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 25 Julai 2005, ia juga merupakan kelab yang berdaftar dengan Persekutuan Taekwondo Malaysia (MTF).

Kelab ini diketuai oleh Master Manimaran a/l Sugomaran, beliau merupakan pemegang tali pinggang hitam (5th DAN).Beliau juga merupakan Pengadil Kebangsaan bagi MTF. Tumpuan sepenuh masa telah dicurahkan oleh beliau bagi mengembangkan sukan taekwondo sistem WTF di negeri Kelantan, hinggakan hampir seluruh daerah di negeri Kelantan, beliau mencurahkan ilmu taekwondo ini.

Kelab ini juga dibantu oleh Encik Mohamad Aly Mohamad Safi, beliau merupakan jurulatih kanan bagi kelab ini. Pengalaman di dalam sukan taekwondo sejak masih kecil lagi, memberikan beliau kelebihan untuk membantu Master Manimaran mengembangkan kelab ini. Beliau merupakan antara atlit utama di Kelantan di sekitar pertengahan tahun 90's hingga awal tahun 2000.

Encik Azran Hj Deraman, merupakan Setiausaha Kehormat kelab ini, beliau merupakan antara pembantu kanan kepada Master Manimaran. Mula menyertai kelab ini dalam tahun 1998 sewaktu menuntut di tingkatan empat. Kesetiaan kepada kelab ini berterusan hingga beliau meminta Master Manimaran menubuhkan kelab taekwondo sistem WTF di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan pada tahun 2000. Beliau merupakan antara pemegang tali pinggang hitam di kelab ini.

Semenjak ditubuhkan, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memastikan setiap ahli didedahkan dengan pelbagai aspek;sukan,pentadbiran dan kerohanian. Antara aktiviti yang dijalankan ialah latihan harian di pusat latihan utama yang terletak di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu Kelantan. Penganjuran ujian kenaikkan tali pinggang serta penganjuran kejohanan taekwondo di setiap daerah seperti Kejohanan Taekwondo Tertutup Daerah Gua Musang 2006, Kejohanan Taekwondo Jemputan Daerah Tanah Merah 2006 serta Kejohanan Taekwondo Jemputan Kelab Sara Kali Pertama 2006.
 
Copyright © 2010 ... | Design : Noyod.Com