a big wElcOme!

thAnks fOr visiting~

Wednesday, August 20, 2008

28th National Remaja Taekwondo Championships

Setiap yang bermula pasti ada pengakhirnya.

28th National Remaja Taekwondo Championship
telahpun menutup tirainya pada 18 Ogos baru-baru ini.
Bagi kejohanan berprestij itu, Kelab Sara telah menghantar Kontigen seramai 15 orang peserta yang membawa nama kelab ke arena kebangsaan. Kejohanan selama 2 hari itu telah mempamerkan semangat juang yang tinggi oleh peserta kami sehingga berjaya mendapat 2 emas, 1 perak , dan 1 gangsa. Warga kelab amat berbangga atas kejayaan yang dilakar oleh mereka.

Bagi yang berjaya, kami amat berharap anda dapat mengekalkan kedudukan ini, dan kepada yang kurang bernasib baik, peluang masih terbuka untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Orang kata, pengalaman itu mengajar kita erti kehidupan. Oleh yang demikian, jadikan kejohanan ini satu pengalaman yang berharga dan ayuh sama-sama kita mengatasi kelemahan dan mempertingkatkan mutu perlawanan pada masa akan datang. Jangan pernah luntur semangat yang tersemat di dada.

ChaiyOk! SARA..!
chaiyOk..! SARA..!!
chAiyOk!! SARA..!!
SARA Juara..!
WAcHaA..!
Kita jumpa di Karnival..!!!
 
Copyright © 2010 ... | Design : Noyod.Com