a big wElcOme!

thAnks fOr visiting~

Thursday, June 21, 2007

MAKLUMAN:KEJOHANAN TAEKWONDO JEMPUTAN KELAB SARA TAEKWONDO MARTIAL ARTS NEGERI KELANTAN, KALI KEDUA 2007

MAKLUMAN / SEBARAN:

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa, kelab ini akan menganjurkan satu kejohanan taekwondo peringkat negeri Kelantan, yang akan dilangsungkan pada 20-21 Julai 2007. Kejohanan ini akan dilangsungkan di Kompleks Belia & Sukan, Panji Kota Bharu.
Kejohanan ini akan melibatkan semua ahli kelab ini samada di peringkat sekolah mahupun di peringkat institut pengajian tinggi. Oleh yang demikian, semua ahli diminta mengambil maklum mengenai makluman ini serta menyertai kejohanan ini nanti.
Sebarang maklumat lanju mengenai kejohanan ini, boleh menghubungi sekretariat penganjur di talian 013-9255060 / 017-3144546, berhubung dengan Encik Azran Hj Deraman.

TAHNIAH BUAT TAN JOO KID, PEMENANG PINGAT EMAS TUNGGAL DI KEJOHANAN TAEKWONDO REMAJA KEBANGSAAN MALAYSIA 2007

Pihak kelab ini ingin merakamkan UCAPAN TAHNIAH buat atlit taekwondo kelab ini, iaitu saudara Tan Joo Kid, kerana berjaya mengungguli pingat EMAS di dalam kategori lelaki bawah 15 tahun. Kejayaan beliau telah mengubat hati kelab untuk kejohanan ini.
Sepanjang pemerhatian sekretariat kontinjen kelab di kejohanan tersebut, beliau telah menunjukkan disiplin yang tinggi dan boleh dijadikan model kepada atlit yang lain.

Bagi kejohanan ini juga, Encik Azran Hj Deraman, iaitu Setiausaha Kehormat kelab, telah dipilih untuk menjadi pengadil. Ini merupakan kali kedua beliau dipilih menjadi pengadil untuk kejohanan di peringkat kebangsaan. Ini membuktikan, pihak Kelab Sara Taekwondo Martial Arts Negeri Kelantan, mampu melahirkan pengadil yang bermutu serta mendapat perhatian daripada pihak Jawatankuasa Pengadilan, Persekutuan Taekwondo Kebangsaan.

Semoga kelab ini akan terus maju jaya di masa hadapan..............

GO SARA GO.......

AMANAT DATUK NAZIM TUN ABDUL RAZAK, PRESIDEN MTF

Asslammualaikum WBT.....

Salam buat semua ahli kelab ini serta semua pengunjung blog ini. Pada 18 Jun 2007 yang lepas, Master Manimaran, Encik Mohamad Aly serta saya sendiri Encik Azran Hj Deraman, telah menghadiri TAKLIMAT serta MESYUARAT bersama Y.Bhg Datuk Nazim Tun Abdul Razak, iaitu Presiden Persekutuan Taekwondo Malaysia (MTF). Majlis ini telah berlangsung di Auditorium 1, Majlis Sukan Negara , Bukit Jalil.
Majlis ini turut dihadiri oleh Grand Master Leow dan Master Fong selaku Naib Presiden MTF serta ramai lagi Ketua Jurulatih dan Presiden Persatuan Taekwondo Negeri dan kelab. Di dalam amanat beliau, Y.Bhg datuk Nazim telah menerangkan agar semua persatuan dan kelab yang berdaftar dengan MTF agar terus memberikan sokongan dan komitmen di dalam meningkatkan nama baik MTF selaku badan sukan rasmi taekwondo di Malaysia.
Majlis tersebut telah berlangsung sehingga jam 1.00 tengahari.
 
Copyright © 2010 ... | Design : Noyod.Com