a big wElcOme!

thAnks fOr visiting~

Friday, January 22, 2010

SARA TKD ON NEWS

KOTA BHARU – Kelab Sara TAekwando Martial Art Negeri Kelantan menetapkan matlamat dan sasaran untuk meraih lebih banyak kejayaan sepanjang 2010 ini.

Pengerusinya, Manimaran A/L Sugomaran berkata, matlamat Kelab Sara pada tahun ini ialah menyertai lebih banyak kejohanan sama ada di peringkat tempatan (negeri), kebangsaan dan antarabangsa.

”Kelab Sara Tekwando akan memenuhi setiap jemputan menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh persatuan lain sebagai medan untuk melahirkan lebih banyak jaguh taekwando.

“Kelab kami bukan sekadar ingin menyertai kejohanan, tetapi menjadikan kejohanan itu sebagai pencabar utama dalam setiap acara yang disertai untuk memenangi pingat,” katanya.

Menurutnya, tahun 2009 adalah tahun cemerlang untuk Kelab Sara Taekwando.

“Apa yang dicapai tahun lepas diharap dapat dipertahankan bahkan dipertingkatkan lagi.

“Antara kejayaan yang dicapai kelab tersebut pada tahun lepas ialah menjadi johan keseluruhan Kejohanan Jemputan Kelantan Kali Kedua anjuran Kelantan Speed Power Taekwando Martial Art Club (Speed Power Tekwando) setelah berjaya menggondol 15 emas, 10 perak dan 20 gangsa,” katanya.

Manimaran yang juga ketua jurulatih kelab tersebut berkata, kejayaan lain yang dicapai kelab pada tahun lalu ialah berjaya membawa pulang enam emas, tujuh perak dan 13 gangsa di Kejohanan Kali Kedua Jemputan Speed Power Taekwando Johor Bharu 2009 dan dinobatkan sebagai naib johan keseluruhan.

“Selain itu, di Kejohanan Taekwando Remaja Rakan Wajadiri 2009 Keempat Pulau Pinang pula, sebanyak 16 pingat emas, empat perak dan lima gangsa berjaya diraih di samping gelaran sebagai juara keseluruhan.

“Manakala lima emas, tiga perak dan lima gangsa pula dimenangi dalam Kejohanan Taekwando Kejuaraan Selatan Thai Kali Ke-12 yang berlangsung di Kompleks Sukan Charok Nakhon Tengah, Hatyai, Wilayah Songkla, Thailand,” katanya.

Beliau berkata, Kelab Sara Taekwando turut menyertai beberapa kejohanan lain dan berjaya mencapai kejayaan yang sekali gus meletakkan kelab ini antara yang paling berjaya melahirkan jaguh taekwando di Kelantan.

Menurutnya, Kelab Sara Taekwando kini berusaha untuk melahirkan ahli sukan taekwando yang dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

Tuesday, January 5, 2010

PENGAMBILAN AHLI BARU

Kepada para pengujung,


Kelab Sara Taekwondo mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri, Taekwondo.


Borang penyertaan boleh didapati di kelab kami, ataupun, boleh menelefon ;

Master Manimaran (ketua jurulatih) : 012-3687274
untuk maklumat lanjut...

Butiran ringkas mengenai latihan :

HARI : ISNIN & RABU
MASA : 8.00 -10.00 MLM
Sokongan daripada pihak anda amat dihargai demi mengembangkan sukan taekwondo dan meningkatkan mutu sukan ini ke arena antarabangsa. sebarang kemusykilan boleh dirujuk kepada Master Manimaran , di talian, 012-3687274.
" We Are Not The First, But We Are The Best "
 
Copyright © 2010 ... | Design : Noyod.Com