a big wElcOme!

thAnks fOr visiting~

Tuesday, May 27, 2008

KEJOHANAN TAEKWONDO BAKAT KELANTAN 2008

PERHATIAN BUAT SEMUA WARGA KELAB SARA TAEKWONDO MARTIAL ARTS NEGERI KELANTAN.

Kelab ini akan menganjurkan Kejohanan Taekwondo Bakat Kelantan 2008 pada 27-28 Jun 2008, bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok Kelantan. Dijangkakan kejohanan ini akan disertai seramai 200 orang peserta dari seluruh negeri Kelantan.

Kejohanan ini merupakan antara program utama kelab ini bagi tahun 2008. Kejohanan ini akan menggunapakai sistem pertandingan dan pengadilan Malaysia Taekwondo Association (MTA).

Sebarang maklumat lanjut berkenaan kejohanan ini, boleh menghantarkan soalan kepada sara_martialarts@hotmail.com

JURULATIH KELAB SARA DIJEMPUT MENGENDALIKAN "SEMINAR TAEKWONDO" DI CHERAS

Sekali lagi dibuktikan bahawa jurulatih-jurulatih kelab ini terus mendapat perhatian daripada agensi luar. Terbaru, pada 26 Mei 2008, pihak Kompleks darul Puteri, Kuala Lumpur telah menjemput Pembantu Ketua Jurulatih, iaitu Encik Azran Bin Hj Deraman, untuk mengendalikan Seminar Asas Taekwondo bagi peserta-peserta Kursus Kecemerlangan Diri. Seminar ini telah disertai oleh 200 orang peserta yang mana mereka terdiri daripada pelajar-pelajar dari sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program ini telah dilangsungkan di Dewan Besar Utama Toh Puan Seri Norashikein, di Kompleks Darul Puteri Cheras Kuala Lumpur. Bagi mengendalikan seminar ini, Encik Azran Hj Deraman, telah dibantu oleh Encik Mohd Razlan Abdul Rahman dan juga oleh Encik Ong Yong Yeik.

Sepanjang seminar ini berlangsung, peserta-peserta didedahkan dengan beberapa aspek, antaranya sejarah taekwondo, taekwondo sebagai asas mendisiplinkan diri dan asas-asas tumbukan dan tendangan.

Bagi pihak kelab ini, jemputan mengendalikan seminar sebegini merupakan satu penghargaan kepada kelab, kerana ia membuktikan mutu kejurulatihan dan pengurusan kelab ini, bukan sahaja mendapat perhatian pihak -pihak di negeri Kelantan, malahan mula mengorak langkah ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tahniah buat semua warga kelab....

Friday, May 2, 2008

Kejohanan Tempur Taekwondo (WTF) Remaja Tertutup Kali ke-3 2008

Alhamdulillah..

Kejohanan Tempur Taekwondo (WTF) Remaja Tertutup Kelantan Kali ke-3 2008 Anjuran Kelab Speed Power Taekwondo telah pun melabuhkan tirainya pada 2 Mei 2008.. Kejohanan selama dua hari ( 1-2 Mei ) itu telah melakar seribu kenangan buat Kelab Sara Taekwondo selaku salah sebuah Kelab yang turut serta bertanding..

Sekalung penghargaan buat para peserta Kelab Sara yang telah menggembleng tenaga mempamerkan perlawanan yang terbaik.. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan bagi yang tidak berjaya, Usaha lagi.. Masih banyak peluang dihadapan.

Paling tidak dilupakan, buat kedua Jurulatih Kelab Sara Taekwondo, Master Manimaran dan Instructor Aly yang tidak putus-putus memberi semangat dan tunjuk ajar kepada semua peserta Kelab Sara Taekwondo. Namun, walaupun ada pemenang, dan yang kalah, itu merupakan asam garam dalam setiap pertandingan. Bagi kami, Kelab Sara adalah JUARA..!!!

Tiga kali gempur kelab Sara!
Gempur..!!
SARA..!!
Gempur..!!
SARA..!!
Gempur..!
SARA..!!!
Sila klik ke
  • Sara Taekwondo Fotopages
  • untuk album kami..
    Sekian..
     
    Copyright © 2010 ... | Design : Noyod.Com