a big wElcOme!

thAnks fOr visiting~

Tuesday, May 27, 2008

JURULATIH KELAB SARA DIJEMPUT MENGENDALIKAN "SEMINAR TAEKWONDO" DI CHERAS

Sekali lagi dibuktikan bahawa jurulatih-jurulatih kelab ini terus mendapat perhatian daripada agensi luar. Terbaru, pada 26 Mei 2008, pihak Kompleks darul Puteri, Kuala Lumpur telah menjemput Pembantu Ketua Jurulatih, iaitu Encik Azran Bin Hj Deraman, untuk mengendalikan Seminar Asas Taekwondo bagi peserta-peserta Kursus Kecemerlangan Diri. Seminar ini telah disertai oleh 200 orang peserta yang mana mereka terdiri daripada pelajar-pelajar dari sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program ini telah dilangsungkan di Dewan Besar Utama Toh Puan Seri Norashikein, di Kompleks Darul Puteri Cheras Kuala Lumpur. Bagi mengendalikan seminar ini, Encik Azran Hj Deraman, telah dibantu oleh Encik Mohd Razlan Abdul Rahman dan juga oleh Encik Ong Yong Yeik.

Sepanjang seminar ini berlangsung, peserta-peserta didedahkan dengan beberapa aspek, antaranya sejarah taekwondo, taekwondo sebagai asas mendisiplinkan diri dan asas-asas tumbukan dan tendangan.

Bagi pihak kelab ini, jemputan mengendalikan seminar sebegini merupakan satu penghargaan kepada kelab, kerana ia membuktikan mutu kejurulatihan dan pengurusan kelab ini, bukan sahaja mendapat perhatian pihak -pihak di negeri Kelantan, malahan mula mengorak langkah ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tahniah buat semua warga kelab....

0 comments:

 
Copyright © 2010 ... | Design : Noyod.Com