a big wElcOme!

thAnks fOr visiting~

Friday, November 30, 2007

gO SARA gO! SARA gO!!

Image Hosted by ImageShack.us


..wiSh all dA best to sAra taekwondo tEam fOr da..
MTCA INTER-CLUB TAEKWONDO CHAMPIONSHIPS 2007
AND
2ND MILO-SPORTS UNITE-MTCA INTER-TEAM UNITY CARNIVAL..


"Sara is hot to to!
H.O.T.T.O.G.O
Aumm!
Is hot to go!
Aum!"

Monday, November 12, 2007

MTCA INTER-CLUB TAEKWONDO CHAMPIONSHIPS 2007 & 2nd MILO- SPORTS UNITE-MTCA INTER TEAM UNITY CARNIVAL

Kelab ini akan menghantar satu kontingen bagi kejohanan ini. Kejohanan ini akan berlangsung pada 30 November hingga 3 Disember 2007, di Stadium Badminton Cheras. Ini merupakan kejohanan taekwondo peringkat kebangsaan, di mana hampir seluruh kelab-kelab taekwondo di Malaysia menghantar pasukan masing-masing menyertai kejohanan ini.

Kontingen kelab ini akan diketuai oleh Ketua Jurulatih kelab, iaitu Master Manimaran dan akan dibantu oleh Sir Mohamad Aly Mohamad Safi , Encik Nurahiemey Nasirhuddin dan Encik Chuah Kee Yong. Oleh kerana ini merupakan kejohanan peringkat kebangsaan, pihak kelab akan memastikan atlet yang terpilih, merupakan atlet yang telah bersedia bertanding di peringkat kebangsaan serta mempunyai tahap disiplin yang tinggi.

Bersama-samalah kita mendoakan agar kontingen kelab kita akan memperolehi kejayaan cemerlang nanti......

GAMBATE KUDASAI...................


sara_martialarts@hotmail.com

Monday, November 5, 2007

SEMINAR PENGURUSAN & PENTADBIRAN KELAB TAEKWONDO KELANTAN 2007

Pada tarikh 28 September 2007 yang lepas, telah berlangsung SEMINAR PENGURUSAN & PENTADBIRAN KELAB TAEKWONDO KELANTAN 2007. Program ini merupakan anjuran Persatuan Taekwondo WTF, UiTM Kelantan dengan kerjasama Kelab Sara Taekwondo Martial Arts Negeri Kelantan.

Seminar ini telah dihadiri kira-kira 100 orang peserta yang terdiri daripada AJK Kelab Sara Taekwondo Martial Arts Negeri Kelantan, AJK Persatuan Taekwondo Daerah Gua Musang, AJK Kelab Taekwondo Martial Arts Daerah Tanah Merah, AJK Persatuan Taekwondo UITM dan USM serta AJK kelab taekwondo sekolah-sekolah yang bernaung di bawah Kelab Sara Taekwondo Negeri Kelantan.

Objektif utama program ini adalah untuk memastikan pentadbiran dan pengurusan kelab-kelab taekwondo diselia dengan tersusun dan baik. Seramai dua orang penceramah telah dijemput pada seminar ini, beliau yang dimaksudkan ialah Encik Kamaruddin Kassim, iaitu pakar motivasi serta Encik Azran Hj Deraman, iaitu Setiausaha Kehormat, Kelab Sara Taekwondo Martial Arts Negeri Kelantan.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Pegawai Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, mewakili Timbalan Pengarah Kampus HEP, UiTM Kelantan, Tuan Hj Muhammad Shukri Salleh. Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Tuan Hj Mat Nawi Ibrahim, Penasihat Persatuan Taekwondo UiTM Kelantan.

Wednesday, September 5, 2007

TAHNIAH KELAB SARA KERANA MENJUARAI 2nd MTF TAEKWONDO CHAMPIONSHIPS, DI KOTA BHARU

Pihak Majlis Tertinggi Eksekutif (MTE) Kelab Sara Taekwondo Martial Art, Negeri Kelantan ingin merakamkan ucapan TAHNIAH kepada skuad kelab ini kerana menjadi JUARA KESELURUHAN, 2nd MTF Taekwondo Championships Kelantan, 2007 yang telah berlangsung pada 31 Ogos dan 1 September 2007. Kejohanan ini telah diadakan bertempat di Dewan Bola Keranjang, SMK J (C) Chung Hwa , Kota Bharu. Atlit-atlit kelab ini berjaya menjadi juara hampir kesemua kategori yang dipertandingkan.

Semoga kejayaan yang diraih kali ini akan menjadi perangsang kepada kejohanan yang seterusnya. Kejayaan ini merupakan adalah hasil penat lelah Presiden / Ketua Jurulatih kelab ini iaitu Master Manimaran a/l Sugomaran serta pembantu beliau iaitu Encik Mohamad Aly Bin Mohamad Safi atau lebih dikenali dengan panggilan "Abg Ael" di kalangan pelatih kelab ini. Usaha semua peserta kelab ini yang bertanding tanpa mengira penat lelah, telah menampakkan hasil. Kepada ibu bapa serta penjaga, pihak kelab turut merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan tuan / puan selama ini.

MAJU DAN TERUS MAJU.......

Tuesday, August 28, 2007

KELAB TAEKWONDO SEKOLAH-SEKOLAH MESTI DISUSUN DAN DITADBIR DENGAN SISTEMATIK

Kepada semua ahli jawatankuasa kelab taekwondo sekolah masing-masing, anda diminta untuk mengadakan mesyuarat serta mengemaskini AJK dan biro-biro yang diperlukan. Ini bagi memastikan urusan pentadbiran kelab taekwondo berjalan lancar serta ditadbir dengan tersusun. Jika terdapat sebarang masalah atau persoalan berkenaan prosedur mengadakan mesyuarat atau sebarang aktiviti, boleh menghubungi saya melalui e mail

sara_martialarts@hotmail.com

Thursday, July 5, 2007

BERSAMA JAYAKAN "KEJOHANAN TAEKWONDO JEMPUTAN KELAB SARA, KALI KEDUA, 2007"

Salam buat semua ahli dan para pengunjung laman ini. Sebagaimana yang semua maklum, kelab ini akan menganjurkan Kejohanan Taekwondo Jemputan Kelab Sara, Kali Kedua, 2007. Kejohanan ini akan dilangsungkan di Dewan Utama, Kompleks Belia dan Sukan, Panji Kota Bharu. Tarikhnya ialah pada 20-21 Julai 2007.

Oleh yang demikian, dijemput semua ahli-ahli lama dan baru hadir ke program tersebut....

Thursday, June 21, 2007

MAKLUMAN:KEJOHANAN TAEKWONDO JEMPUTAN KELAB SARA TAEKWONDO MARTIAL ARTS NEGERI KELANTAN, KALI KEDUA 2007

MAKLUMAN / SEBARAN:

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa, kelab ini akan menganjurkan satu kejohanan taekwondo peringkat negeri Kelantan, yang akan dilangsungkan pada 20-21 Julai 2007. Kejohanan ini akan dilangsungkan di Kompleks Belia & Sukan, Panji Kota Bharu.
Kejohanan ini akan melibatkan semua ahli kelab ini samada di peringkat sekolah mahupun di peringkat institut pengajian tinggi. Oleh yang demikian, semua ahli diminta mengambil maklum mengenai makluman ini serta menyertai kejohanan ini nanti.
Sebarang maklumat lanju mengenai kejohanan ini, boleh menghubungi sekretariat penganjur di talian 013-9255060 / 017-3144546, berhubung dengan Encik Azran Hj Deraman.

TAHNIAH BUAT TAN JOO KID, PEMENANG PINGAT EMAS TUNGGAL DI KEJOHANAN TAEKWONDO REMAJA KEBANGSAAN MALAYSIA 2007

Pihak kelab ini ingin merakamkan UCAPAN TAHNIAH buat atlit taekwondo kelab ini, iaitu saudara Tan Joo Kid, kerana berjaya mengungguli pingat EMAS di dalam kategori lelaki bawah 15 tahun. Kejayaan beliau telah mengubat hati kelab untuk kejohanan ini.
Sepanjang pemerhatian sekretariat kontinjen kelab di kejohanan tersebut, beliau telah menunjukkan disiplin yang tinggi dan boleh dijadikan model kepada atlit yang lain.

Bagi kejohanan ini juga, Encik Azran Hj Deraman, iaitu Setiausaha Kehormat kelab, telah dipilih untuk menjadi pengadil. Ini merupakan kali kedua beliau dipilih menjadi pengadil untuk kejohanan di peringkat kebangsaan. Ini membuktikan, pihak Kelab Sara Taekwondo Martial Arts Negeri Kelantan, mampu melahirkan pengadil yang bermutu serta mendapat perhatian daripada pihak Jawatankuasa Pengadilan, Persekutuan Taekwondo Kebangsaan.

Semoga kelab ini akan terus maju jaya di masa hadapan..............

GO SARA GO.......

AMANAT DATUK NAZIM TUN ABDUL RAZAK, PRESIDEN MTF

Asslammualaikum WBT.....

Salam buat semua ahli kelab ini serta semua pengunjung blog ini. Pada 18 Jun 2007 yang lepas, Master Manimaran, Encik Mohamad Aly serta saya sendiri Encik Azran Hj Deraman, telah menghadiri TAKLIMAT serta MESYUARAT bersama Y.Bhg Datuk Nazim Tun Abdul Razak, iaitu Presiden Persekutuan Taekwondo Malaysia (MTF). Majlis ini telah berlangsung di Auditorium 1, Majlis Sukan Negara , Bukit Jalil.
Majlis ini turut dihadiri oleh Grand Master Leow dan Master Fong selaku Naib Presiden MTF serta ramai lagi Ketua Jurulatih dan Presiden Persatuan Taekwondo Negeri dan kelab. Di dalam amanat beliau, Y.Bhg datuk Nazim telah menerangkan agar semua persatuan dan kelab yang berdaftar dengan MTF agar terus memberikan sokongan dan komitmen di dalam meningkatkan nama baik MTF selaku badan sukan rasmi taekwondo di Malaysia.
Majlis tersebut telah berlangsung sehingga jam 1.00 tengahari.

Friday, May 25, 2007

memOries..

...pReciOus mEmOrieS...

sO loNg , fAReweLL...

it'S timE To SaY gUd bye..


we're gOnna miSs hER..





made bY, kaK rAgil...

" selamat bERjuAng d taNah aiR mu... "

Sunday, May 13, 2007

VIVA FOR EVER BAGI ATLIT SARA KE KEJOHANAN TAEKWONDO KOKO KRUNCH....

Saya selaku ADMIN bagi blog ini ingin merakamkan ucapan SELAMAT BERJUANG buat semua atlit kelab ini yang akan bertanding di Kejohanan Taekwondo Koko Crunch Nestle, yang akan berlangsung pada 12 Mei 2007 di Dewan Utama USM Pulau Pinang. Semoga semua akan beroleh kejayaan dan mengharumkan nama kelab di persada negara.

Go...Go....TEAM SARA..........

Monday, April 16, 2007

PERSIAPAN BAGI KEJOHANAN TAEKWONDO WAJADIRI MALAYSIA,MEI 2007, KUALA TERENGGANU

Kelab Sara Taekwondo sekarang di dalam mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Kejohanan Taekwondo Wajadiri Malaysia 2007 yang akan diadakan pada bulan Mei 2007 , bertempat di Kuala Terengganu. Bagi menghadapi kejohanan ini, lebih ramai bakat-bakat baru akan diketengahkan ke kejohanan ini nanti.

Oleh yang demikian, semua ahli-ahli kelab diminta menumpukan sepenuh perhatian bagi kejohanan ini nanti.

SELAMAT BERJUANG......

"FROM ZERO TO HERRROOOOOO....."

Tuesday, February 13, 2007

SELAMAT DATANG AHLI-AHLI BARU

Pertama sekali, saya mewakili pihak kelab ingin merakamkan ucapan selamat datang buat, ahli-ahli baru kelab ini. Semoga dengan penyertaan anda semua bersama kelab ini akan membuahkan sesuatu ilmu yang berharga buat anda semua. Pihak kelab akan mengadakan pelbagai aktiviti yang pastinya akan membuatkan anda tidak akan menyesal menyertai kelab ini.

Friday, January 12, 2007

SALAM TAHUN BARU 2007

Salam Tahun Baru 2007, buat semua pengunjung blog ini, dikesempatan ini, saya selaku administrator blog ini, mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2007. Semoga tahun 2007 ini, akan membawa sinar bahagia dan sinar kejayaan buat kita semua. Sempena tahun baru ini, kelab kami akan mengadakan pelbagai aktiviti serta program, bagi diikuti oleh semua ahli kelab ini. Adalah diharapkan dengan datangnya tahun baru ini, kecemerlangan kelab ini akan terus meningkat......
 
Copyright © 2010 ... | Design : Noyod.Com