a big wElcOme!

thAnks fOr visiting~

Monday, November 24, 2008

Program Naziran Badan Sukan Tahun 2008

Program Naziran Badan Sukan Tahun 2008

Pada 22 November 2008, satU program iaitu Program Naziran Badan Sukan Tahun 2008
telah diadakan di Hotel Pasific, Kota Bharu, Kelantan. Dikatakan bahawa seluruh kelab sukan negeri Kelantan telah menghadiri program tersebut. Kelab Sara turut tidak melepaskan peluang. Seramai 5 orang telah mewakili kelab bagi menghadiri program sehari tersebut.

Presiden
Master Manimaran a/l Sugomaran

Bendahari
Pn Rajeswari a/p Agagas

wakil Setiausaha
Chuah Kee Yong
Chu Min Hean
Nur Hafizah Abd Shukor

Penerangan demi penerangan yang telah disampaikan telah membuka mata semua badan sukan negeri Kelantan. Banyak pengubahsuaian yang perlu dilakukan oleh pihak kelab sukan termasuk kelab Sara Taekwondo . Pihak kelab tidak akan mensia-siakan peluang yang telah diberikan dan kami akan membaiki apa yang perlu dibaiki serta memperbaharui apa yang perlu bagi meningkatkan prestasi kelab kami.



Tuesday, November 18, 2008

Kejohanan Taekwondo Champion Olympia Remaja Kedah Terbuka kali ke-2 2008

Kejohanan Taekwondo Champion Olympia Remaja Kedah Terbuka Kali ke-2, 2008.14/11/2008 ---> Kontigen SARA menuju ke Sungai Petani, Kedah.

Kelab SARA telah menghantar satu kontigen ke kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Taekwondo Champion Olympia, Kedah pada 14-16 November 2008 baru-baru ini. Alhamdulillah, pasukan SARA telah selamat pergi dan kembali pada 17/11/2008 pada 4.30 pagi.
Kejayaan yang amat memberangsangkan telah digapai oleh kontigen kelab iaitu:

12 pingat emas
6 pingat perak
4 pingat gangsa

Sekaligus telah meletakkan SARA sebagai johan keseluruhan bagi kejohanan tersebut. Setinggi-tinggi penghargaan buat jurulatih, Master Manimaran dan Sir Mohd Aly atas penat lelah yang telah dicurahkan dalam melatih peserta-peserta kelab. Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta kelab yang telah bertungkus-lumus menaikkan nama SARA di arena Taekwondo. Semoga kejayaan ini akan menaikkan lagi semangat para peserta untuk lebih maju pada masa akan datang.

Sape Menang ??
SARA!!
SaPe menang ??
SARA!!
Fuyyo! Phewwit!
Fuyyo! Phewwit!
Fulamakk..
Phewwit!!
Weii!!

* Gambar-gambar pertandingan akan di"upload" dalam masa terdekat. Sila Lawati fotopages sara untuk gambar-gambar tersebut. Terima kasih.

Thursday, November 13, 2008

Happy Birthday sir..

" Happy birthday tO you..
Happy birthday to yOu..
Happy birthday, happy birthday..
Happy birthday to you.. ! "


8th November 2008 is the special day fOr Our master, Master Manimaran.. Soo, we wOuld like to wish yOu a happy day and hOping dat Days ahead will bring lOts Of hapiness tO you and Beloved family..

Baru2 ini, kelab SARA telah mengadakan jamuan ringkas bagi meraikan Master Manimaran. Gambar2 akan di"UplOad" dalam masa terdekat. dan diharap semua pengunjung bersabar..
Rajin2lah Check Out fotopages k..!

Sara.. GempUr..!!!

Monday, November 10, 2008



LAMAN SARA YANG BERWAJAH BARU!!!
untuk 2009!!!

Hasil Kerja :

1. KAKAK HAFIZAH

2. TAN JOO KID

3.SEMUA PIHAK YANG MEMBERI BERKERJASAMA

Di post oleh TAN JOO KID

Thursday, September 11, 2008

Kelab SARA On News..!



Kejayaan demi kejayaan yang dicapai Oleh warga kelab SARA telah menaikkan nama kelab di arena taekwondo selaku salah sebuah kelab taekwondo yang aktif dalam memajukan sukan ini. Baru-baru ini, akhbar telah menyiarkan kejayaan yang telah diperoleh dan ini telah menjadi pembakar semangat bagi warga kelab untuk terus berusaha memajukan diri.

" Jangan lupa lawati fotopages kelab untuk gambar-gambar terbaru..
Sebarang komen bOleh dialu-alukan..
Terima kasih"

Wednesday, August 20, 2008

28th National Remaja Taekwondo Championships

Setiap yang bermula pasti ada pengakhirnya.

28th National Remaja Taekwondo Championship
telahpun menutup tirainya pada 18 Ogos baru-baru ini.
Bagi kejohanan berprestij itu, Kelab Sara telah menghantar Kontigen seramai 15 orang peserta yang membawa nama kelab ke arena kebangsaan. Kejohanan selama 2 hari itu telah mempamerkan semangat juang yang tinggi oleh peserta kami sehingga berjaya mendapat 2 emas, 1 perak , dan 1 gangsa. Warga kelab amat berbangga atas kejayaan yang dilakar oleh mereka.

Bagi yang berjaya, kami amat berharap anda dapat mengekalkan kedudukan ini, dan kepada yang kurang bernasib baik, peluang masih terbuka untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Orang kata, pengalaman itu mengajar kita erti kehidupan. Oleh yang demikian, jadikan kejohanan ini satu pengalaman yang berharga dan ayuh sama-sama kita mengatasi kelemahan dan mempertingkatkan mutu perlawanan pada masa akan datang. Jangan pernah luntur semangat yang tersemat di dada.

ChaiyOk! SARA..!
chaiyOk..! SARA..!!
chAiyOk!! SARA..!!
SARA Juara..!
WAcHaA..!
Kita jumpa di Karnival..!!!

Tuesday, May 27, 2008

KEJOHANAN TAEKWONDO BAKAT KELANTAN 2008

PERHATIAN BUAT SEMUA WARGA KELAB SARA TAEKWONDO MARTIAL ARTS NEGERI KELANTAN.

Kelab ini akan menganjurkan Kejohanan Taekwondo Bakat Kelantan 2008 pada 27-28 Jun 2008, bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok Kelantan. Dijangkakan kejohanan ini akan disertai seramai 200 orang peserta dari seluruh negeri Kelantan.

Kejohanan ini merupakan antara program utama kelab ini bagi tahun 2008. Kejohanan ini akan menggunapakai sistem pertandingan dan pengadilan Malaysia Taekwondo Association (MTA).

Sebarang maklumat lanjut berkenaan kejohanan ini, boleh menghantarkan soalan kepada sara_martialarts@hotmail.com

JURULATIH KELAB SARA DIJEMPUT MENGENDALIKAN "SEMINAR TAEKWONDO" DI CHERAS

Sekali lagi dibuktikan bahawa jurulatih-jurulatih kelab ini terus mendapat perhatian daripada agensi luar. Terbaru, pada 26 Mei 2008, pihak Kompleks darul Puteri, Kuala Lumpur telah menjemput Pembantu Ketua Jurulatih, iaitu Encik Azran Bin Hj Deraman, untuk mengendalikan Seminar Asas Taekwondo bagi peserta-peserta Kursus Kecemerlangan Diri. Seminar ini telah disertai oleh 200 orang peserta yang mana mereka terdiri daripada pelajar-pelajar dari sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program ini telah dilangsungkan di Dewan Besar Utama Toh Puan Seri Norashikein, di Kompleks Darul Puteri Cheras Kuala Lumpur. Bagi mengendalikan seminar ini, Encik Azran Hj Deraman, telah dibantu oleh Encik Mohd Razlan Abdul Rahman dan juga oleh Encik Ong Yong Yeik.

Sepanjang seminar ini berlangsung, peserta-peserta didedahkan dengan beberapa aspek, antaranya sejarah taekwondo, taekwondo sebagai asas mendisiplinkan diri dan asas-asas tumbukan dan tendangan.

Bagi pihak kelab ini, jemputan mengendalikan seminar sebegini merupakan satu penghargaan kepada kelab, kerana ia membuktikan mutu kejurulatihan dan pengurusan kelab ini, bukan sahaja mendapat perhatian pihak -pihak di negeri Kelantan, malahan mula mengorak langkah ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tahniah buat semua warga kelab....

Friday, May 2, 2008

Kejohanan Tempur Taekwondo (WTF) Remaja Tertutup Kali ke-3 2008

Alhamdulillah..

Kejohanan Tempur Taekwondo (WTF) Remaja Tertutup Kelantan Kali ke-3 2008 Anjuran Kelab Speed Power Taekwondo telah pun melabuhkan tirainya pada 2 Mei 2008.. Kejohanan selama dua hari ( 1-2 Mei ) itu telah melakar seribu kenangan buat Kelab Sara Taekwondo selaku salah sebuah Kelab yang turut serta bertanding..

Sekalung penghargaan buat para peserta Kelab Sara yang telah menggembleng tenaga mempamerkan perlawanan yang terbaik.. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan bagi yang tidak berjaya, Usaha lagi.. Masih banyak peluang dihadapan.

Paling tidak dilupakan, buat kedua Jurulatih Kelab Sara Taekwondo, Master Manimaran dan Instructor Aly yang tidak putus-putus memberi semangat dan tunjuk ajar kepada semua peserta Kelab Sara Taekwondo. Namun, walaupun ada pemenang, dan yang kalah, itu merupakan asam garam dalam setiap pertandingan. Bagi kami, Kelab Sara adalah JUARA..!!!

Tiga kali gempur kelab Sara!
Gempur..!!
SARA..!!
Gempur..!!
SARA..!!
Gempur..!
SARA..!!!
Sila klik ke
  • Sara Taekwondo Fotopages
  • untuk album kami..
    Sekian..

    Wednesday, January 9, 2008

    TahUn bAru...

    ---> nEw yEar sAyings <---


    A nEw yeAr,
    a New stARt,
    A nEw chApter,
    A nEw beginning..
    Forget thE bAd..
    Cherish the gOod..


    ~ Master Manimaran ~


    Tahun baru dah pUn kita sambut.. Maaf kerana kelewatan meng'update' blOg ini... Selamat tahun baru 2008 kami ucapkan kepada semua pengunjung blog ini.. Apakah Azam baru Anda ???

    Kami juga ingin mengucapkan Selamat menyambut tAhun barU Maal Hijrah (1429 h) pada 10 Januari ini bUat peserta-peserta Kelab Sara Taekwondo Martial Arts Negeri Kelantan yang beragama Islam. Sama-samalah kita menggembleng tenaga berusaha memartabatkan nama Kelab Sara di Arena sukan Taekwondo. AyUh..!
     
    Copyright © 2010 ... | Design : Noyod.Com