a big wElcOme!

thAnks fOr visiting~

Tuesday, November 18, 2008

Kejohanan Taekwondo Champion Olympia Remaja Kedah Terbuka kali ke-2 2008

Kejohanan Taekwondo Champion Olympia Remaja Kedah Terbuka Kali ke-2, 2008.14/11/2008 ---> Kontigen SARA menuju ke Sungai Petani, Kedah.

Kelab SARA telah menghantar satu kontigen ke kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Taekwondo Champion Olympia, Kedah pada 14-16 November 2008 baru-baru ini. Alhamdulillah, pasukan SARA telah selamat pergi dan kembali pada 17/11/2008 pada 4.30 pagi.
Kejayaan yang amat memberangsangkan telah digapai oleh kontigen kelab iaitu:

12 pingat emas
6 pingat perak
4 pingat gangsa

Sekaligus telah meletakkan SARA sebagai johan keseluruhan bagi kejohanan tersebut. Setinggi-tinggi penghargaan buat jurulatih, Master Manimaran dan Sir Mohd Aly atas penat lelah yang telah dicurahkan dalam melatih peserta-peserta kelab. Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta kelab yang telah bertungkus-lumus menaikkan nama SARA di arena Taekwondo. Semoga kejayaan ini akan menaikkan lagi semangat para peserta untuk lebih maju pada masa akan datang.

Sape Menang ??
SARA!!
SaPe menang ??
SARA!!
Fuyyo! Phewwit!
Fuyyo! Phewwit!
Fulamakk..
Phewwit!!
Weii!!

* Gambar-gambar pertandingan akan di"upload" dalam masa terdekat. Sila Lawati fotopages sara untuk gambar-gambar tersebut. Terima kasih.

0 comments:

 
Copyright © 2010 ... | Design : Noyod.Com