a big wElcOme!

thAnks fOr visiting~

Monday, November 5, 2007

SEMINAR PENGURUSAN & PENTADBIRAN KELAB TAEKWONDO KELANTAN 2007

Pada tarikh 28 September 2007 yang lepas, telah berlangsung SEMINAR PENGURUSAN & PENTADBIRAN KELAB TAEKWONDO KELANTAN 2007. Program ini merupakan anjuran Persatuan Taekwondo WTF, UiTM Kelantan dengan kerjasama Kelab Sara Taekwondo Martial Arts Negeri Kelantan.

Seminar ini telah dihadiri kira-kira 100 orang peserta yang terdiri daripada AJK Kelab Sara Taekwondo Martial Arts Negeri Kelantan, AJK Persatuan Taekwondo Daerah Gua Musang, AJK Kelab Taekwondo Martial Arts Daerah Tanah Merah, AJK Persatuan Taekwondo UITM dan USM serta AJK kelab taekwondo sekolah-sekolah yang bernaung di bawah Kelab Sara Taekwondo Negeri Kelantan.

Objektif utama program ini adalah untuk memastikan pentadbiran dan pengurusan kelab-kelab taekwondo diselia dengan tersusun dan baik. Seramai dua orang penceramah telah dijemput pada seminar ini, beliau yang dimaksudkan ialah Encik Kamaruddin Kassim, iaitu pakar motivasi serta Encik Azran Hj Deraman, iaitu Setiausaha Kehormat, Kelab Sara Taekwondo Martial Arts Negeri Kelantan.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Pegawai Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, mewakili Timbalan Pengarah Kampus HEP, UiTM Kelantan, Tuan Hj Muhammad Shukri Salleh. Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Tuan Hj Mat Nawi Ibrahim, Penasihat Persatuan Taekwondo UiTM Kelantan.

1 comments:

Anonymous said...

sara hottogo

 
Copyright © 2010 ... | Design : Noyod.Com