a big wElcOme!

thAnks fOr visiting~

Saturday, April 3, 2010

Another Successful Tournament For Sara team!


Salam sejahtera, salam 1 MALAYSIA!
Maaf atas kelewatan meng'update' blog kami..
Baru-baru ini, kelab SARA Taekwondo Kelantan telah menghantar 1 pasukan ke satu kejohanan yang diadakan di Pulau Pinang..

KEJOHANAN : KEJOHANAN TAEKWONDO REMAJA JEMPUTAN RAKAN WAJADIRI 2010

TARIKH : 27 & 28 MAC 2010

TEMPAT : KOMPLEKS SILAT NEGERI PULAU PINANG, BATU UBAN

ANJURAN : ULTIMATE TAEKWONDO CLUB & MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG


Seramai lebih kurang 54 peserta kelab SARA taekwondo telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Ada di kalangan peserta yang baru menimba pengalaman dan ada yang sudah berpengalaman. Namun, setiap kejohanan itu memberi satu pengalaman baru buat semua.

Sekalung tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah bertungkus-lumus mempamerkan aksi terbaik sepanjang kejohanan dan penghargaan kepada Master Manimaran, Pengurus pasukan, En. Danis dan pengiring pasukan Pn Rajeswari serta En. Hafiz yang sentiasa memberi sokongan kepada para peserta.

KEPUTUSAN :

PINGAT EMAS : 17
PINGAT PERAK : 10
PINGAT GANGSA : 7

Tahniah buat kelab SARA kerana sekali lagi berjaya menjadi JUARA KESELURUHAN kejohanan dan mengharumkan nama SARA di arena kebangsaan..! Pihak kelab SARA taekwondo sekali mengucapkan tahniah kepada pihak yang terlibat sebelum semasa mahupun selepas kejohanan . Kami juga berharap untuk melihat lebih banyak kejayaan yang bakal dicapai oleh para peserta pada masa akan datang..




" WE ARE NOT THE FIRST, BUT WE ARE THE BEST!"
Mohon Maaf atas gambar yang kurang jelas.. sila lawati fotopages SARA dari masa ke masa untuk gambar terkini.. (akan datang)

0 comments:

 
Copyright © 2010 ... | Design : Noyod.Com